Tuesday, June 26, 2012

Kisah Terkini Gosip Artis Malaysia

 Saiful Apek Bebas Daripada Tuduhan Dadah

Akhirnya setelah sekian lama, Apek dan 3 orang rakannya hari ini dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri di dalam kes penggunaan dadah jenis kanabis dua tahun yang lalu. Keputusan ini diambil selepas hakim Mahkamah Majistret Petaling Jaya mendapati terdapat percanggahan terhadap bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa.

Kelewatan ujian air kencing yang dilakukan dan percanggahan tarikh spesimen itu diambil selain beberapa faktor lain seperti kewujudan dua borang permohonan untuk melakukan ujian saringan dadah dan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti lain telah menjadikan kes ini lemah.

Semoga dengan keputusan ini, nama Apek akan kembali bersih dan Apek akan kembali aktif untuk berlawak semula. Tahniah kepada Apek atas keputusan ini.

1 comment:

yusuflaili(Goku) said...

Baguslah lepas didunia..tapi kita tak akan lepas di akhirat.