Nombor Plat Termahal WWW 1 Digunakan Kereta Proton. Nombor plat termahal di Malaysia yang dibeli oleh D.Y.M.M Sultan Ibrahim Johor dengan harga RM520,000 akan digunakan untuk kereta proton yang baru dibeli. Sebelum ini nombor plat WWW 1 telah menjadi nombor paling mahal di Malaysia dengan harga RM520,000 mengatasi nombor plat MCA 1, yang dijual dengan harga RM300,100.
Antara nombor plat yang dimiliki oleh D.Y.M.M Sultan Ibrahim Johor ialah JJ 1 , JJ 2 dan JJJ 1. Kereta proton yang akan menggunakan Malaysia itu adalah ditempa khas dan dikhabarkan dalam tempoh seminggu lagi akan berada di Istana Pelangi, Johor Bahru.
No comments:
Post a Comment