Thursday, February 24, 2011

Keputusan Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia vs Pakistan

PEMAIN negara, Wan Zaharulnizam dikawal dua pemain Pakistan pada saingan bola sepak pra-kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam, malam ini. Malaysia menang 2-0.

Malaysia tumpaskan Pakistan 2-0 dalam pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam di sini malam tadi. Separuh masa pertama Malaysia mendahului 2-0.Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (minit ke-3), Mohd Irfan Fazail (minit 45). Sementara itu Pakistan bermain 10 orang berikutan pemain penyerang mereka Ansar Abbas dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Hong Kong selepas mengasari Khairul Fahmi Che Mat di dalam kotak penalti. Malaysia akan ke Lahore Pakistan untuk perlawanan timbal balik pada 9hb Mac 2011 nanti.

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman (Muhammad Ferris Danial Mat Nasir), Mohd Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Wan Zack Haikal Wan Nor), K. Gurusamy, Ahmad Shakir Md Ali (S. Sivanesan), Ahmad Fakri Saarani.

PAKISTAN: Yousof Ejaz Butt (Muhammad Umer), Manzoor Ahmad, Ahsanullah, Alamgir Khan, Faisal Iqbal, Muhammad Adil, Muhammad Tauseef, Muhammad Rizwan Asif, Kaleemullah (Fahadullah Khan), Pathan Jadeed Khan (Saddam Hussain), Ansar Abbas.
PENGADIL: Liu Kwok Man (Hong Kong).