Friday, June 8, 2012

Tips Membentuk Perut 6pax Untuk Lelaki

 SixPack Idaman Lelaki

Apa senaman terbaik untuk perut? sebelum persoalan tersebut dijawab suka saya ingin tanya, adakah setiap kali anda makan, anda boleh mengarahkan lemak supaya berkumpul hanya di perut? Apakah perlu buat senaman perut setiap hari? Sebelum menjawab itu juga, saya ingin bertanya, adakah anda makan setiap hari atau selang-selang?

Senaman melibatkan penurunan perut atau pembentukan six-pack bukan hanya bertumpu pada 'everyday sit-up'. Latihan bebanan sendiri sudah menggunakan core-muscle yang merangkumi perut dan pinggang. Berlatih dada menggunakan core-muscle, buat squatmenggunakan core-muscle, boleh kata hampir keseluruhan pergerakan ada menggunakancore-muscle. Jadi ditambah dengan pemakanan yang baik, itu yang membentuk otot perut yang cantik.
Adakah sit-up beribu-ribu kali membantu dalam membentuk six-pack? Jika beribu-ribu, saya akan jawab ya, tetapi berapa ramai yang dapat buat beribu tu? Biasanya ada penyekatan disebabkan kekurangan garam tertentu seperti potassium yang mana akan menyebabkan krem jika melebihi satu angka, setiap orang berbeza. Tetapi dalam masa yang sama perlu diingatkan, jika pemakanan tidak betul, ada kemungkinan badan akan catabolismedisebabkan senaman berlebihan. Jadi yang terbakar bukan lagi lemak.


Teknik Senaman Yang Betul Boleh Manghasilkan 6pax Yang Menarik

Apakah senaman terbaik untuk perut? Saya jarang mencadangkan bangkit tubi atau sit-updisebabkan beberapa sebab termasuk catabolisme, risiko kecederaan di pinggang dan lain-lain. Saya cadangkan plank. Bagaimana? Kekal dalam posisi dalam gambar di bawah untuk 1 jangka waktu. Lagi lama lagi baik dengan keadaan badan lurus. Jika sedikit ke atas akan lebih menyasarkan bahagian pinggang belakang. Elok untuk mereka yang dalam rehabilitasi daripada sakit pinggang. Tetapi perlu diingatkan secara amnya ada dua pergerakan yang melibatkan rehabilitasi pinggang, secara melintang dan menegak. Saya akan ceritakan dalam topik rehabilitasi suatu hari nanti.

Apakah twist itu elok? Hari ini kita dapat lihat, ada mesin direka dengan bebanan untuk melakukan twist. Atau secara oldschool-nya, sejak dari zaman Arnold Scwachzeneggermenggunakan twist samada menggunakan batang kayu atau besi. Adakah ianya elok atau selamat? Twist mungkin tambahkan kelenturan pada sesuatu pergerakan tetapi sebenarnya tidak banyak membantu dalam menurunkan saiz pinggang. Dari segi keselamatannya, cuba bayangkan bahagian di tulang vertebra anda berputar-putar yang mana sepatutnya ada sekatan dalam pergerakan untuk menjaga tulang belakang. Kenapa mesin-mesin itu dicipta? Sebenarnya lebih pada mengikut permintaan. Jurulatih yang baik, akan cuba elakkan pelatih di bawahnya menggunakan mesin tersebut. Boleh digunakan tetapi dengan pergerakan yang betul, tidak keterlaluan dan lebih sesuai untuk kegunaan atlet tertentu berbanding digunakan untuk kelihatan ramping. Zaman dah semakin maju dengan pelbagai kajian dan pembaikpulih dalam sistem latihan. Janganlah mengikut 100% latihan 100 tahun dahulu.


Bukan Saja Lelaki, Wanita Juga Mengidamkan Jejaka Yang Memiliki Perut Yang 6pack

Saya sering melihatkan ada orang memegang dumbbell di kedua belah tangan dan menggerakkan badan, bila ditanya, dia cakap untuk buang lemak di bahagian tepi perut. Ada ke senaman begitu? Untuk pengetahuan semua, pergerakan senaman adalah mengikut garisan otot. Samada memanjangkan atau memendekkan otot. Jika kita lihat struktor anatomi bahagian oblique, kita akan dapati bahawa otot oblique senget ketepi. Jadi pergerakan dari atas ke bawah tidak membantu malas memberi tekanan pada otot terlibat. Ada atlet mungkin memerlukan pergerakan yang pelik-pelik ini, tetapi jika hanya menyasarkan membakar lemak, elakkan pergerakan-pergerakan pelik.

Jadi apakah kesimpulannya? Sertakan latihan aerobik dan anaerobik serta penjagaan makan yang baik. Tiada cara singkat untuk membentuk perut. Tetapkan jangka masa yang munasabah. :p