Sunday, November 20, 2011

Skuad Bola Sepak B-23 (Harimau Muda) disediakan Pesawat Khas Pulang Malaysia

 Kabinet meluluskan sebuah pesawat sewa khas untuk membawa pulang skuad bolasepak bawah 23 Malaysia yang sedang beraksi di Sukan Sea 2011. Ini berikutan jadual perlawanan yang terlalu padat buat skuad bola sepak b-23 kerana selepas perlawanan akhir menentang Indonesia di Sukan SEA, mereka akan menentang Syria di Bukit Jalil 24 November 2011 untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan Kelayakan Sukan Olimpik 2012. 

Bagi mengelakkan kepenatan dan mendapat rehat yang cukup kerajaan bersetuju menyediakan sebuah pesawat khas Air Asia bagi membawa pulang wira-wira bola sepak negara selepas selesai perlawanan menentang Indonesia di pentas Final Bola Sepak Sukan SEA 2011.

Thursday, November 17, 2011

46,012 Perolehi Semua A Keputusan UPSR 2011


Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini, beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011. Abd Ghafar berkata calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.

Wednesday, November 16, 2011

Miera Liyana Tayang Ketiak Pulak…


Dulu ‘mencipta nama’ kerana pakaian tayang aset-aset penting. Kali ini ada penayangan baru…tapi lebih bertumpu kepada tang ketiak. Ketiak lari tona warna (hitam) pun nak tunjuk kat orang ke. Rasanya dulu artis ada dua kategori. Satu popular sebab menyanyi, satu lagi popular sebab berlakon.
Sekarang kita sudah ada kategori ketiga, yang popular sebab gambar over-over. Yang dari kategori ni jarang popular sedap lakonan bagus atau suara sedap. Contohnya macam Zarina Anjoulie, popular tapi untuk sebab yang salah. Baguslah. Teruskan.
Gambar dari sumber MediaMalaya

Friday, November 11, 2011

11.11.11 Tarikh Unik Untuk Tahun Ini

Selamat menyambut tarikh yang dianggap keramat sepanjang tahun ni disebabkan angkanya yang unik iaitu 11.11.11. Pasti ramai yang mengambil kesempatan tarikh hari ni untuk melangsungkan pertunangan, perkahwinan mahupun perkara-perkara yang boleh dijadikan ingatan sepanjang hayat. Ape pun Grim rasa hari ini amat unik kerana ianya jatuh pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Semoga hari yang berkat buat kita semua dan perbanyakkan berdoa kerana hari ini adalah hari doa-doa dimakbulkan (Sebab Hari Jumaat).

P/S : Hari ini juga hari pembukaan sukan SEA di indonesia...

Wednesday, November 2, 2011

Dr. Fadzillah Beri Nama Bayi Along Raja Lawak


Datuk Dr. Fadzillah Kamsah bukan sahaja dikenali ramai sebagai pakar motivasi tanah air tetapi dia juga diberi kepercayaan memberi nama kepada bakal anak sulung Along Raja Lawak yang dijangka dilahirkan pada hujung bulan ini. Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammed Nizamudin Ahmad, 28, dia setuju dengan nama Ahmad Danial yang dicadangkan oleh Dr. Fadzillah itu di mana isterinya, Zila iaitu bekas bintang Akademi Fantasia kini sedang sarat mengandungkan anak pertamanya.

“Sekarang ini kandungan isteri saya sudah berusia 35 minggu di mana dia dijangka melahirkan bayi pertama kami pada pertengahan bulan ini atau selewat-lewatnya pada hujung bulan ini. Kami setuju dengan nama yang diberikan oleh Dr. Fadzillah Kamsah tersebut. “Ini kerana, saya dan isteri saya memang suka dengan nama Ahmad Danial kerana ia ada kena mengena dengan nama nabi atau pemimpin terkenal di zaman silam,” katanya kepada para wartawan sewaktu ditemui di Subang Parade, Subang Jaya, Selangor semalam.

Pada pertemuan sebelum pratonton filem terbaru lakonan Along berjudul Alamak Toyol! itu, dia seperti tidak sabar menantikan saat kelahiran bayi sulungnya yang disahkan doktor sebagai bayi lelaki selepas dia dan Zila atau Nur Azilah Siron, 23, berkahwin pada Januari tahun lalu. “Saya memang tidak sabar untuk menjadi bapa di mana sebab itu kalau boleh saya tidak mahu berenggang dengan isteri saya. Saya mahu lihat sendiri kelahiran bayi sulung saya itu. Terima kasih juga kepada Dr. Fadzillah yang saya anggap seperti bapa saya sendiri,” ujarnya lagi.

Tuesday, November 1, 2011

Pegawai Polis Mangsa Samun Tiga Lelaki


Seorang pegawai polis berpangkat superitendan kerugian sebuah kereta dan wang tunai serta barangan lain selepas disamun tiga lelaki di rumahnya di Beserah di sini semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu suspek yang berumur lingkungan 28 hingga 35 tahun itu telah menceroboh masuk ke rumah mangsa di Taman Mewah Seri Bayu dengan bersenjatakan parang dan besi pencungkil pintu.

Mangsa, 56, dan isterinya, 53 tahun diacukan dengan parang dan besi kuku kambing dan kemudiannya diikat kaki dan tangan di kepala katil dengan mulut dan mata mereka turut ditutup. Suspek menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan sebuah kereta Toyota Harrier serta telefon bimbit, jam tangan dan wang tunai RM1,700. Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan RM90,000. Haris berkata mangsa yang merupakan anggota misi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan, baru pulang daripada bercuti pada Jumaat lepas.