Friday, September 30, 2011

Filem Libas Mengganas Dipawagam!!!


Biar pun disamakan dengan filem Shaolin Soccer, filem arahan Jurey Latiff Rosli, Libas tetap ada keistimewaan dan tampil dengan idea yang segar. Membabitkan kos RM2 juta, filem yang sudah tujuh tahun diperap ini dilihat mengangkat kembali permainan tradisi, sepak takraw yang menurut Jurey semakin lama dilupakan kewujudannya terutama anak muda.

Plot penceritaan, Libas sarat dengan unsur komikal yang mampu menggeletek perut mereka yang menonton dari awal hingga ke akhir. Namun, inti pati penting cerita ini tentang kecintaan dan semangat membara mempertahankan maruah negara dari tewas di tangan musuh, dan takraw dijadikan simbolik, gelanggang takraw pula medan perangnya. Penggunaan imej janaan komputer (CGI) yang banyak digunakan nyata membantu menjadikan teknik permainan dan pergerakan takraw nampak real. Mata boleh tertipu dengan kelincahan Rosyam melibas takraw, kelicikan Johan mengimbang bola keranjang, teruja dengan kehebatan Scha yang mampu membalun dua lelaki yang mengusiknya. 




Mutu lakonan hero filem Malaya, Rosyam Nor tidak perlu disangkal lagi. Bagaimanapun, kehebatan Rosyam tidak menengelamkan lakonan Scha Al Yahya. Malah, Scha sebagai Ratna, kekasih Rosyam tampak serasi dalam menterjemahkan perwatakan dua insan sedang bercinta walau realitinya jarak umur kedua-dua pelakon ini jauh berbeza. Kehadiran pelakon seperti Johan, dan pelakon baru, Fadzly Kamarulzaman membuatkan filem ini sarat dengan aksi komedi yang spontan dan membuatkan pelakon tidak kering gusi. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Beego, Zabri Ibrahim, Yuswaisar dan Adam Corrie Lee.

Saturday, September 17, 2011

Malaysia vs Jepun Kelayakan Olimpik 2012

Senarai Penuh Pemain Olimpik Malaysia vs Jepun 21 September 2011



Pusingan ketiga(first leg)
JEPUN VS MALAYSIA
Stadium Tosu, Fukuoka
21/9/2011(Rabu) 
7:00 malam(waktu Malaysia)


Senarai 21 pemain menyertai kem Malaysia manakala tiga pemain Harimau Muda A Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Fadli Shas yang dipinjam ke ViOn FC, Slovakia akan dipanggil balik apabila berangkat ke Jepun 16 September nanti.

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat(Kapten) dan Mohd Izham Tarmizi.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Fadli Shas, Mohd Muslim Ahmad, Mohamad Amer Saidin, Mohd Fandi Othman, Mohd Zubir Azmi, Izzaq Faris Ramlan dan Muhammad Syazwan Tajuddin.

Tengah: Wan Zack Haikal, Mohd Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K. Gurusamy, Abdul Shukor Jusoh, Mohamad Faizal Abu Bakar dan Muhammad Nazmi Faiz.

Penyerang: Syahrul Azwari Ibrahim, A.Thamil Arasu, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Izuan Solahuddin

Jadual perlawanan seterusnya pusingan ketiga kelayakan Olimpik:

HOME - MALAYSIA VS SYRIA(23 NOVEMBER 2011)
HOME - MALAYSIA VS BAHRAIN(27 NOVEMBER 2011)
AWAY - BAHRAIN VS MALAYSIA(5 FEBRUARY 2012)
HOME - MALAYSIA VS JEPUN(22 FEBRUARY 2012)
AWAY - SYRIA VS MALAYSIA(14 MARCH 2012)

- Siaran langsung di Astro Arena 801 dan RTM TV2 jam 7.00 Malam.



Saturday, September 10, 2011

Kisah Si Budak Mengantuk



Kisah Si Budak Mengantuk

Kesian pulak tgk budak tu...dah macam ular tedung ditiup seruling lak dia joget...heheheheh

Thursday, September 8, 2011

Jumlah Kutipan Filem Hantu Bonceng Mencatat RM5 Juta

Wah!! Dahsyat la Filem ni..leh lawan Filem KL Gengster ni... APe2 pun memang orang Malaysia Sekarang lebih suka tgk citer2 lawak dari citer2 cinta...Tengok aje lah Maharaja Lawak... Jadi Fenomena besar kepada rakyat Malaysia terutama kaum Melayu..Harap ni dapat memberi kesan positif kepada industri perfileman negara...

Filem Arahan Ahmad Idham dan dibintangi oleh pelakon komedi Paling Popular Zizan Raja Lawak semamangnya menjadi perhatian umum..ditambah pula dengan kehadiran Juliana Evans Sebagai Hantunya...First Time tgk Ju Jadi Hantu...Ape2 pun Grim Tak tengok lagi filem ni...so tak leh nak komen bebanyak la yek...huhuhuh..

Wednesday, September 7, 2011

Lawak Santai : Kisah Terpotong


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lee Hock Meng terpandang Mohd Jumairi Bin Jamal sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Mohd Jumairi Bin Jamal.

Lee Hock Meng : Kenapa menangis?
Mohd Jumairi Bin Jamal : Saya datang untuk ujian darah.
Lee Hock Meng : Awak takut ke?
Mohd Jumairi Bin Jamal : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan
Mohd Jumairi Bin Jamal, Lee Hock Meng lantas menangis.)
Mohd Jumairi Bin Jamal : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lee Hock Meng : Saya datang untuk ujian air kencing… (Sambil Menggigil Ketakutan)