Thursday, June 21, 2012

Pelakon Osman Kering Meninggal Dunia??

Pelakon Osman Kering yang sudah lama menyepi dari dunia lakonan baru-baru ini dikatakan tidak sihat kerana mengidap sakit batuk kering atau tibi. Beliau dimasukkan ke HUKM pada 11 Jun 2012 Jam 7 malam.


Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim yang kini berusia 58 tahun,dimasukkan ke hospital itu pada pukul 6.45 petang dikhabarkan rebah di rumah beliau di Bandar Seri Permaisuri, Cheras berpunca daripada sesak nafas dan batuk kering.

Terdahulu tersebar berita yang mengatakan beliau meninggal dunia menerusi blog-blog tertentu,Ekoran itu Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan menafikan dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam.

Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

No comments: