Wednesday, June 27, 2012

Gosip Panas : Sasha Saidin Mohon Cerai?

Semalam, Sasha Saidin telah dilihat mengambil borang penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Bagaimanapun Sasha yang ditemani oleh ibunya enggan memberi sebarang komen mengenai kehadirannya di situ kira-kira jam 10 pagi. Menurut Sasha, perkara tersebut terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Berikut ialah kata-kata Sasha Saidin kepada wartawan Mstar Online:-
Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan.

Semoga kehadiran Sasha ke mahkamah tersebut tidak melibatkan permohonan penceraian dengan suaminya, Salyo Priyanto. Untuk makluman, Sasha dan Salyo telah pun berkahwin pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 3 tahun. Diharap Sasha dapat menyelesaikan masalah peribadinya secepat mungkin dan terus menjalani kehidupan bahagia di samping suami dan anak tercinta.

1 comment:

babycomel said...

nk bercerai?? mintak-mintak la hubungan depa ni tak apa-apa.. tengok diorang ni sweet je bersama