Wednesday, October 5, 2011

Info : 40 Juta Perokok Mati Sebab Batuk Kering Menjelang 2050


Kerosakan peparu akibat merokok boleh menyebabkan pertambahan 18 juta kes batuk kering (TB) dan 40 juta kematian berikutan penyakit itu menjelang 2050, menurut kajian yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan British (BMJ) hari ini. Anggaran daripada model matematik menunjukkan trend merokok itu amat memberi kesan ke atas risiko TB.

Kajian mendapati Afrika, Timur Mediterranean dan Asia Tenggara terbabit dalam angka kenaikan terbesar TB yang berkaitan tabiat merokok. Pengurangan kekerapan merokok secara agresif boleh mengurangkan kematian 27 juta perokok berpunca daripada TB menjelang 2050 menurut kajian yang diketuai Sanjay Basu dari Universiti California di San Francisco.

3 comments:

jelah said...

jgn kamu campakkn diri kamu dalam kebinasaan

santai said...

katakan.. TAKNAK

kpah k-poh Sharifahnor said...

arwah abah kpah meninggal dunia kerana barah paru2...wpun dah berhenti merokok selama 14 tahun..rupa2nya sel barah tu dah lama ada...