Friday, September 30, 2011

Filem Libas Mengganas Dipawagam!!!


Biar pun disamakan dengan filem Shaolin Soccer, filem arahan Jurey Latiff Rosli, Libas tetap ada keistimewaan dan tampil dengan idea yang segar. Membabitkan kos RM2 juta, filem yang sudah tujuh tahun diperap ini dilihat mengangkat kembali permainan tradisi, sepak takraw yang menurut Jurey semakin lama dilupakan kewujudannya terutama anak muda.

Plot penceritaan, Libas sarat dengan unsur komikal yang mampu menggeletek perut mereka yang menonton dari awal hingga ke akhir. Namun, inti pati penting cerita ini tentang kecintaan dan semangat membara mempertahankan maruah negara dari tewas di tangan musuh, dan takraw dijadikan simbolik, gelanggang takraw pula medan perangnya. Penggunaan imej janaan komputer (CGI) yang banyak digunakan nyata membantu menjadikan teknik permainan dan pergerakan takraw nampak real. Mata boleh tertipu dengan kelincahan Rosyam melibas takraw, kelicikan Johan mengimbang bola keranjang, teruja dengan kehebatan Scha yang mampu membalun dua lelaki yang mengusiknya. 




Mutu lakonan hero filem Malaya, Rosyam Nor tidak perlu disangkal lagi. Bagaimanapun, kehebatan Rosyam tidak menengelamkan lakonan Scha Al Yahya. Malah, Scha sebagai Ratna, kekasih Rosyam tampak serasi dalam menterjemahkan perwatakan dua insan sedang bercinta walau realitinya jarak umur kedua-dua pelakon ini jauh berbeza. Kehadiran pelakon seperti Johan, dan pelakon baru, Fadzly Kamarulzaman membuatkan filem ini sarat dengan aksi komedi yang spontan dan membuatkan pelakon tidak kering gusi. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Beego, Zabri Ibrahim, Yuswaisar dan Adam Corrie Lee.

9 comments:

~Nana 귀여운~ said...

tak sabo nak nengok cita nih..huhu

♥Aien Najwa♥ said...

wah..mcm best..nk tgok la..hehe..=)

YOUsoF said...

Fuhh! Libas! Macam mantap je nih!!


Majulah sukan untuk negara! ;D

Ekmi Rabat said...

Macam best ja, CG pun menarek. Bagus sgt diorang angkat takraw yg as subjek utama, ini ke asik citer rempit and hantu ja.


My Latest Entry: Penderma Sperma punya kira-kira 70 orang anak..

khairul said...

tengok kat astro 1st jer kot

kpah k-poh said...

teringin nak pegi tengok..tapi hubby terlebih sibuk kerja...hmmmm

N@SIQUE said...

mcm best ja...die hard fan sepak takraw...:D

aibat said...

trailer nmpk menarik..kena pegi tgk ni..:)

yusuflaili said...

salam;
Dengar menarik...tapi belum berpeluang nak tengok.