Friday, October 21, 2011

Safee Sali Dapat Tawaran Berlakon Sitkom Opera Vanjava Di Indonesia


Penyerang negara, Safee Sali, menerima tawaran sebagai pelakon undangan tetap daripada stesen televisyen Indonesia, Transit7 selepas membuat penampilan sulung sejam dalam sitkom Opera Vanjava, Rabu minggu lalu. Bagaimanapun, kapten Pelita Jaya FC (PJFC) itu terpaksa melupakan hasrat cabang baru yang dianggap menarik itu berikutan ingin memberikan tumpuan kepada kelab dan skuad kebangsaan. Dia terkejut apabila pengurusan stesen itu menawarkan beliau berlakon lagi. Tapi, dia terpaksa tolak. Bagaimanapun, jemputan sebagai pelakon undangan memberi pengalaman berharga tidak mungkin dilupakan.

Walaupun menganggap jemputan itu sekadar `suka-suka’, namun lakonan Safee di sisi pelakon terkenal Indonesia antaranya Eddy Supono atau Parto, Entis Sutisna (Sule), Andre Taulany (Andre), Muhammad Azis (Azis) dan Tri Retno Prayudati (Nunung) dikatakan memukau kira-kira hampir 300 penonton di studio. Siri komedi berkonsep pertunjukan wayang pentas versi moden itu disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen itu.


Katanya, jemputan itu berpunca selepas dia sering ke studio stesen televisyen itu untuk menyaksikan rakaman Opera Vanjava. Safee berkata, dalam episod `Cinta Tragis Palsu Ciin’ itu, dia diberi peranan untuk membaca skrip dan mengenakan kostum dan terpaksa menggunakan dialek Indonesia yang dianggapnya tidak banyak berbeza dengan bahasa Melayu.

Safee adalah pemain kebangsaan yang ‘tersesat seketika’ di bidang lakonan selepas pemain lagenda, Mokhtar Dahari yang membuat kemunculan dalam filem Mekanik arahan Othman Hafsham, pada 1983.

7 comments:

~Nana 귀여운~ said...

tuah badan :)

ctk said...

pOpular jugak mamat ni ye...

mohd sasuke said...

pergh market2

Dalila Diela said...

murahnye rezeki safee...
like2

N@SIQUE said...

safee sale mmg "superstar" la....thniah..i like

Selamat Tinggal Dunia ©: Hukum Guna Software Cetak Rompak -Ustaz Azhar Idrus

.::: Princess MOMOY :::. said...

makin pemes la abg safee kita
yaeh ! keep it up bro!

allinOne said...

di indonesia safee sudah jadi artis..
OVJ acara lawak no 1 di indonesia yg mempunyai jutaan penonton setia..safee memang good lah..