Monday, July 9, 2012

Siapa Sebenarnya Uncle Seekers


Masih lagi belum reda dengan demam Uncle Seekers dan rasanya mesti ramai yang tertanya – tanya siapa Uncle Seekers ini. Nama Uncle Seekers ini Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dan berumur 48 tahun.

Sebelum ini, Uncle Seekers popular dengan siri paranormal dan merupakan Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia. Pernah ditahan reman kerana dikatakan menyamar sebagai anggota polis.Uncle Seekers mengetuai kumpulan Seekers yang mendedahkan penipuan ustaz yang mendakwa dapat menyembuhkan penyakit dengan kuasa ‘kebatinan’ yang dimilikinya.

Selain itu, Beliau juga sentiasa mencetuskan kontroversi menerusi penulisannya di dalam blognya Uncle Seekers. Blog beliau yang kerap mendapat perhatian media kerana isu-isu yang dibangkitkan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak termasuklah institusi raja.



Baru-baru ini kita digemparkan dengan penangkapan Uncle Seekers yang melibatkan kes Sultan Johor di dalam blog beliau. Apakah permainan Uncle Seekers kali ini? Sama-sama kita tunggu keputusan kes perbicaraan Uncle Seekers bersabit kes melibatkan Sultan Johor. Tepuk dada tanya iman..anda baca anda nilailah sendiri..

Keputusan Kes Perbicaraan Uncle Seekers | Gambar Uncle Seekers Kena Tangkap Dengan Polis | Gambar Uncle Seekers Sedang Bicara Di Mahkamah | Artikel Uncle Seekers Berkaitan Sultan Johor

2 comments:

zaxx said...

tertarik tgk prgram bersama linda onn yg panel uncle seeker n ada dato hj fadhilah kamsah

HanaNabihah said...

hoho. tak tau boleh percaya ke tak uncle ni. pelik pelik je rasa. huhu. hanya Allah Maha Mengetahui.