Wednesday, November 2, 2011
Dr. Fadzillah Beri Nama Bayi Along Raja Lawak
Datuk Dr. Fadzillah Kamsah bukan sahaja dikenali ramai sebagai pakar motivasi tanah air tetapi dia juga diberi kepercayaan memberi nama kepada bakal anak sulung Along Raja Lawak yang dijangka dilahirkan pada hujung bulan ini. Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammed Nizamudin Ahmad, 28, dia setuju dengan nama Ahmad Danial yang dicadangkan oleh Dr. Fadzillah itu di mana isterinya, Zila iaitu bekas bintang Akademi Fantasia kini sedang sarat mengandungkan anak pertamanya.
“Sekarang ini kandungan isteri saya sudah berusia 35 minggu di mana dia dijangka melahirkan bayi pertama kami pada pertengahan bulan ini atau selewat-lewatnya pada hujung bulan ini. Kami setuju dengan nama yang diberikan oleh Dr. Fadzillah Kamsah tersebut. “Ini kerana, saya dan isteri saya memang suka dengan nama Ahmad Danial kerana ia ada kena mengena dengan nama nabi atau pemimpin terkenal di zaman silam,” katanya kepada para wartawan sewaktu ditemui di Subang Parade, Subang Jaya, Selangor semalam.
Pada pertemuan sebelum pratonton filem terbaru lakonan Along berjudul Alamak Toyol! itu, dia seperti tidak sabar menantikan saat kelahiran bayi sulungnya yang disahkan doktor sebagai bayi lelaki selepas dia dan Zila atau Nur Azilah Siron, 23, berkahwin pada Januari tahun lalu. “Saya memang tidak sabar untuk menjadi bapa di mana sebab itu kalau boleh saya tidak mahu berenggang dengan isteri saya. Saya mahu lihat sendiri kelahiran bayi sulung saya itu. Terima kasih juga kepada Dr. Fadzillah yang saya anggap seperti bapa saya sendiri,” ujarnya lagi.
Labels:
Ahmad Danial,
Along Raja Lawak,
Dr. Fadzillah Kamsah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wow untungla dr.fadhilah tolong bagi nama anak;)
hihi.. terbaek..
untung nye...kalau la DDFK kasi name anak2 aku nie...aww...aww..bhgie la hidup....huhu
nama yg baik n indah, mmg sesuai
Post a Comment