Wednesday, July 27, 2011

Malaysia VS Singapura : 28 Julai 2011 Stadium Putra Bukit Jalil


Tiket 85,000 unit sudah pun habis dijual. Itu petanda musibah bakal mengundang skuad seberang tambak Johor, Sang Singa apabila bakal bertembung bukan sahaja dengan 11 pemain Malaysia malah juga bakal berdepan puluhan ribu pemain ke 12 Malaysia yang akan mengisi setiap inci ruang tempat duduk di dalam stadium. Itu antara senario yang bakal kita lihat pada aksi timbal balik pusingan ke-2 perlawanan ke-2  Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil Peringkat Zon Asia.

Rekod sebelum ini menunjukan perlawanan Malaysia bertemu Chelsea juga mengundang kehadiran penonton pada jumlah yang sama. Gambaran tersebut dapat menjelmakan satu ledakan padu sebelum sepak mula perlawanan yang dijangka berlangsung pada sebelah malam tersebut.

Skuad Harimau Malaya tampak lebih berkelebihan andai rekod beraksi di gelanggang keramat itu menjadi ukuran. Dengan ketinggalan jaringan 3-5 kepada Singapura pada aksi perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar sabtu lalu pasti pantas dilupakan anak didik K.Rajagobal, para pemain pasti rakus terus melakar satu lagi sejarah bola sepak untuk kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Bakal beraksi dengan dijangka kesebelasan terbaik walaupun tanpa Kepten Syafiq Rahim, ia dilihat sebagai satu senjata muslihat buat Malaysia kerana percaturan tektikal pasti akan membuatkan Singapura tidak dapat menduga perancangan Harimau Malaya yang bakal memasang jerat buat membaham Sang Singa.


Ayuh semua rakyat Malaysia kita gegarkan perlawanan pada malam tersebut. Biarpun tiket sudah abis dijual, bagi yang gagal mendapatkan tiket kita masih lagi boleh menyaksikan perlawanan tersebut menerusi siaran langsung dari RTM dan Astro Arena untuk mengetahui keputusan terkini perlawanan Malaysia menentang Singapura tersebut.  Moga doa iringan restu mengakhiri kejayaan Malaysia nanti. MALAYSIA BOLEH...TERUSKAN MENGAUM WAHAI HARIMAU MALAYA......

34 comments:

Mohammed Faizal said...

Camon Malaysia....of cos la sokong Malaysia sebab aku orang malaysia walaupun kat umah aku boleh nampak tambak johor

Diari Si Froggie said...

of coz harimau malaysia...hehe

Green Apple said...

Penyokong Harimau Malaya..
tak berbelah bagi ni... semangat tu.. :D

Unknown said...

malaysia tetap dihatiku

Mior Syabab said...

mlm esok 3 gol dr Harimau. Singa pulak kebulur. hehe

Yanyan said...

harap m'sia boleh menangg! :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

malaysia oh malaysia

go malaysia go .

malaysia boleh

:)

Perindu Sepi said...

Hari tu Malaysia kalah, orang Singapoorah men'anjing-anjing'kan aku kat Pasar Borong Pandan..Malaysia belum kalah lagi geng, pastikan Malaysia menang! Bukit Jalil tempat kita, kita kasik Singapoorah kaw-kaw punye..Tunjuk pada awang2 import diorang, Malaysia x pakai player luar pun boleh menang!

GrimReader said...

pergh!!!!korang punyer komen memang terbaik lah...teruskan mengomen kat post nie...MAlaysia boleh!!!!

MYNAMEISNORSYAFIKAZAI said...

malaysiaa bolehh! :)

cik bulan said...

malaysiaaaaaaaaaa!!..*tetiba jerit atas kerusi

Vidic said...

boleh tu... yakin jerr..

atyn nayn said...

go go MALAYSIA! tak kira menang or kalah tetap support Msia lahh :D

Op Anaz said...

Mestilah Malysia..:-)

Akemal said...

nampak macam susah skit nak menang, tapi itu tanggapan awal, apa apa pun kita tgu kesudahan 90 minit nanti. harimau boleh bangkitlah!!!

Zuraini said...

tiket dah abes! sobs. :(

'Ainun Qalbi said...

semestinya MALAYSIA... I'M malaysian.. :)..
malaysia... fighting!!!!!!

Liana Norazmi said...

Harimau Malaya menang punye laa! (:

Anonymous said...

saya sokong singapore lah...haha.kemon lah kemon lah.i'm malaysian...HIDUP MALAYSIA LAH! ^_^

rafina mimi abdullah said...

malaysia la..x kan singapore lak..wekkkk :)

AzatLazat said...

tanah tumpahnya darahku, MALAYSIA!!
tapi dulu singapura dalam tanah melayu jugak.berbelah bahagi sudah. Kah kah kah ini hanya gurauan jangan bakor gua pulak

fathin nur najati said...

malaysia!!!!:)

Roti Telur said...

tunjuklah taring sebenarmu Harimau Malaya.. Aummm!!!..

harrazdani said...

adakah kelebihan ini akan bertukar kepada tekanan kepada malaysia...sama-sama kita saksikan.

anis aneesa said...

hope sgt malaysia menang..malaysia boleh..!

Shida Radzuan said...

mstlah harimau kita hehe ^_^

Hana teen top said...

Yossshhhhh penangan 4gol dari Malaysia!!!! mudah2an menang, amin...ehheh...


http://hanakimigilakorea.blogspot.com/2011/07/segmen-ilmiah-jom-berkongsi-hadis.html?showComment=1311784398730#c6935558671233243966

Cangkul Emas said...

malaysia boleh buat,
aku percaya!

Wani said...

go malaysia go!!!!wacaya sama lu olang..hehe

Mummy-Zerry said...

malaysia lah...

ziana said...

Of course Harimau Malaya..5-2 tau

Anonymous said...

mmm...blum msk world cup lg kan dh ramai penyokong...bgs bgs..keep it up...rs2 ibu le kan kalu harimau malaya nie main mcm skill di 2nd half semasa kat stadium singapura tu...sure kita leh menang...malaysia boleh!

Hana teen top said...

tapi syangnya dah kalah.....fahmi the best...penangan 3x dari penyerang singa dia tepis dengan senang jew..ehehe

Unknown said...

tggu 4thun lg,huhu