Wednesday, December 21, 2011

Fakta-Fakta Islam


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber


2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

Thursday, December 15, 2011

Berhati-hati Borang Palsu BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) 2011

Contoh Borang PALSU (Mintak Akaun Bank Pemohon) -Klik Gambar Untuk Tumbesaran Lebih Jelas

Borang Sebenar Tidak Meminta pemohon menyertakan NO. Akaun Bank

So...Hati-Hati kepada semua pemohon BR1M...

Wednesday, December 14, 2011

Suami Isteri Mengaku Salah Terima Deposit Haram


Sepasang suami isteri  yang merupakan pengarah sebuah syarikat skim cepat kaya mengaku bersalah di Mahkamah  Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima  deposit haram daripada orang awam, enam tahun  lalu. Dahlan David Abdullah, 46, dan isterinya  Ramunatul Aida Rahmat, 43, didakwa menerima  deposit daripada orang awam tanpa memegang  lesen yang sah di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank  dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. Perbuatan itu didakwa dilakukan di Cheras  Business Centre, Jalan 3/10C, Batu 5, Jalan  Cheras di sini antara 29 Disember 2006 dan 30  Julai 2008.

Mereka yang tidak diwakili peguam didakwa  mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta sama yang  memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10  tahun atau denda maksium RM10 juta atau  kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Selain itu, Dahlan yang mewakili syarikat milik  mereka, Jazmeen (M) Sdn. Bhd. turut mengaku  bersalah atas dakwaan yang sama. Bagi perbuatan itu, syarikat tersebut boleh  dikenakan denda sehingga RM10 juta. Hakim S.M. Komathy Suppiah menerima  pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh namun  menetapkan esok untuk menjatuhkan hukuman.

Tuesday, December 6, 2011

Wanita Sanggup Tidur Berbogel Dengan Babi Demi Seni!

Dunia akhir zaman. Dunia kita makin tua, pelbagai kerosakan semakin menjadi-jadi di muka bumi ini.
Antaranya seorang pelajar wanita berasal dari Korea yang sanggup tidur dengan babi, maaf, TIDUR BERBOGEL DENGAN BABI. Semuanya dilakukan atas nama seni. Miru Kim ‘meluangkan masa’ 104 jam tinggal bersama dua ekor babi di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011. Para pengunjung boleh melihatnya berbogel bersama babi melalui sebuah tingkap.
Selama empat hari dia tinggal, makan, dan tidur bersama dua ekor babi di dalam sebuah bilik kaca.
Kim, yang juga merupakan anak kepada seorang ahli falsafah Korea itu mula terkenal sejak dia mengambil gambar-gambar bogel dirinya sendiri di tempat-tempat ganjil seperti kilang usang, terowong, dan jambatan. Ujarnya, kerja yang dilakukan itu membantunya untuk mengatasi ketakutannya — “Ketakutan terhadap kegelapan, bahaya dan ketakutan terhadap kekotoran”.


Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama “I like pig and pig like me” (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres. Begitulah kisah bagaimana teruknya manusia-manusia di akhir zaman. Harus diingat, Kim bukannya bodoh…dia merupakan bekas pelajar perubatan lagi tetapi nampaknya dia meletakkan dirinya pada martabat yang paling hina dan keji. Sesuatu yang pasti, ada ramai lagi ‘Kim’ di luar sana tetapi dalam bentuk dan sudut yang berbeza. Semoga Allah menghindarkan kita dari segala perbuatan yang cela dan hina seperti ini, baik daripada segi kelakuan, mahupun pemikiran!