Wednesday, July 27, 2011

Malaysia VS Singapura : 28 Julai 2011 Stadium Putra Bukit Jalil


Tiket 85,000 unit sudah pun habis dijual. Itu petanda musibah bakal mengundang skuad seberang tambak Johor, Sang Singa apabila bakal bertembung bukan sahaja dengan 11 pemain Malaysia malah juga bakal berdepan puluhan ribu pemain ke 12 Malaysia yang akan mengisi setiap inci ruang tempat duduk di dalam stadium. Itu antara senario yang bakal kita lihat pada aksi timbal balik pusingan ke-2 perlawanan ke-2  Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil Peringkat Zon Asia.

Rekod sebelum ini menunjukan perlawanan Malaysia bertemu Chelsea juga mengundang kehadiran penonton pada jumlah yang sama. Gambaran tersebut dapat menjelmakan satu ledakan padu sebelum sepak mula perlawanan yang dijangka berlangsung pada sebelah malam tersebut.

Skuad Harimau Malaya tampak lebih berkelebihan andai rekod beraksi di gelanggang keramat itu menjadi ukuran. Dengan ketinggalan jaringan 3-5 kepada Singapura pada aksi perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar sabtu lalu pasti pantas dilupakan anak didik K.Rajagobal, para pemain pasti rakus terus melakar satu lagi sejarah bola sepak untuk kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Bakal beraksi dengan dijangka kesebelasan terbaik walaupun tanpa Kepten Syafiq Rahim, ia dilihat sebagai satu senjata muslihat buat Malaysia kerana percaturan tektikal pasti akan membuatkan Singapura tidak dapat menduga perancangan Harimau Malaya yang bakal memasang jerat buat membaham Sang Singa.


Ayuh semua rakyat Malaysia kita gegarkan perlawanan pada malam tersebut. Biarpun tiket sudah abis dijual, bagi yang gagal mendapatkan tiket kita masih lagi boleh menyaksikan perlawanan tersebut menerusi siaran langsung dari RTM dan Astro Arena untuk mengetahui keputusan terkini perlawanan Malaysia menentang Singapura tersebut.  Moga doa iringan restu mengakhiri kejayaan Malaysia nanti. MALAYSIA BOLEH...TERUSKAN MENGAUM WAHAI HARIMAU MALAYA......

Monday, July 18, 2011

Ahli Parlimen Titiwangsa Meninggal : Dr Lo Lo Mohd Ghazali


JENAZAH Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dibawa keluar dari Masjid Al-Akram selepas disembahyangkan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dato Keramat. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam pada 17 Julai 2011.

 Dr Lo Lo meninggal akibat sakit kanser

Moga rohnya dicucuri rahmat yang maha Esa...Al-Fatihah...