Wednesday, December 14, 2011

Suami Isteri Mengaku Salah Terima Deposit Haram


Sepasang suami isteri  yang merupakan pengarah sebuah syarikat skim cepat kaya mengaku bersalah di Mahkamah  Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima  deposit haram daripada orang awam, enam tahun  lalu. Dahlan David Abdullah, 46, dan isterinya  Ramunatul Aida Rahmat, 43, didakwa menerima  deposit daripada orang awam tanpa memegang  lesen yang sah di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank  dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. Perbuatan itu didakwa dilakukan di Cheras  Business Centre, Jalan 3/10C, Batu 5, Jalan  Cheras di sini antara 29 Disember 2006 dan 30  Julai 2008.

Mereka yang tidak diwakili peguam didakwa  mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta sama yang  memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10  tahun atau denda maksium RM10 juta atau  kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Selain itu, Dahlan yang mewakili syarikat milik  mereka, Jazmeen (M) Sdn. Bhd. turut mengaku  bersalah atas dakwaan yang sama. Bagi perbuatan itu, syarikat tersebut boleh  dikenakan denda sehingga RM10 juta. Hakim S.M. Komathy Suppiah menerima  pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh namun  menetapkan esok untuk menjatuhkan hukuman.